Posts

Dunia Terlalu Tua

Image
Photo Credit:   OhBulan Jom baca tips kesihatan di musim panas. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan dihindari dari sesuatu yang memudaratkan diri. Sentiasa ambil berat dan cakna ok ! http://www.pascasiswazah.com/tips-menjaga-kesihatan-di-musim-panas/

Pantasnya Ia Pergi

Image
Jom kita baca artikel ini. Semoga kita peroleh manfaat dan pengajaran darinya.  https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20180121/281887298725740 Allah SWT telah berfirman dalam surah al-ashr ayat 1-3, yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan kerugian (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal salih, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.”  Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Perbaiki diri dan perbanyakkan amalan untuk menjadi orang yang lebih baik serta di terima olehNya. In sha Allah. Photo Credit :  wanzawawi[dot]net

Cantik Beracun

Image
Photo Credit :   Smart Detox            Cantik ? Ia merupakan fitrah semulajadi seseorang wanita mahupun lelaki adalah berkeinginan dan berkemahuan untuk kelihatan cantik serta segak.  Kecantikan bagi seseorang individu itu adalah personaliti , identiti dan penampilan. Pelbagai cara dan kaedah sehingga menghabiskan wang ringgit untuk ini.        Penulisan kali ini kita memfokuskan soal lambakan produk kecantikan di pasaran . Saban tahun, pasti ada produk yang dikeluarkan atau dipasarkan. Tapi sejauh manakah keberkesanan produk tersebut ? Misalnya kandungan, tahap kualiti, tarikh lupus dan cara pembuatan sesuatu produk itu. Adakah ia selamat digunakan atau sebaliknya.        Namun, lambakan produk kecantikan ini boleh mengundang masalah kepada keselamatan dan kesihatan kepada pengguna sekiranya tiada kawalan dan penguatkuasaan yang sebaiknya dari pihak berkuasa. Sebagai pengguna, kita juga perlu memperkemaskan dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan makluma

Natural Beauty

Image
Photo Credit:  thinglink.com Hi, guys! Uolls cantik-cantik ni pakai skincare ape? Mesti mahal-mahalkan.  Apa skincare yang top menjadi pilihan ramai hari ini ye?  Cetaphil ? Clinique? Sejujurnya, perempuan ada pelbagai jenis cleansing, scrub, serum, moisturizer, toner dll. Huh, byk taw, tu baru sentuh pasal skincare belum lagi bab kosmetik. Hehe. bab kosmetik. Hehe. I ni jenis mula-mula je ikut steps, pastu x tetap da. Kadang malas, kadang sibuk tu la ! Haha.  Kita perempuan ni, selain menjaga aspek penjagaan wajah. Untuk mengekalkan keseimbangan yang betul, kenalah rajin juga bersenam, senam ringkas pn da memadai, xdapat selalu, sekali semnggu xpe, dan yang pasti jangan tidak buat langsung taw. Baru la sihat kulit kita, Hehe. Selain tu, mental pun kena kawal, bykan minum air masak dan bykan makan maknan yang bervitamin sperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kadang kita juga perlu ke spa, untuk relaxing time. Seterusnya, dan yang lagi afdal dengan berdzikir dan ber

Emosi: Tekanan dan Depresi

Image
Photo Credit:  Hafiz Emosi ialah : 1. perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah. 2. keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. beremosi dgn emosi; emosional: Penceramah begitu ~ dlm menyuarakan pendapatnya.  Sumber: (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Setiap orang berpotensi mengalami gangguan/kecelaruan perasaan atau emosi. Tiap sejauh manakah tahap emosi  kita? Emosi yang tidak terkawal boleh memudaratkan fizikal dan mental seseorang. Secara amnya, perubahan sosial/hidup hari ini telah banyak menyumbang kepada wujudnya peningkatan masalah  kesihatan dan gangguan psikologi/mental. Kadang kala sifat atau sikap kita ni yang memainkan emosi kita sendiri atau orang/suasana sekeliling dan persekitaran. Selain itu, perasaan kita yang tidak menentu pun turut sama tergolong. Antara lelaki dan perempuan yang mana lebih beremosi. Semestinya perempuan kan. Ye la tonton drama, emosi ! orang x faham dia, emosi! P

Ketagih

Image
Astaghfirullah hal 'azim, Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim . Terlalu banyak masa yang telah dibuang dengan menghadap gajet tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita yang sebenar. Allah S.W.T telah bersumpah dalam  Surah Al-`Asr, ayat  1-3: Maksudnya: “Demi Masa!” {1} “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” {2} “Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”  Kepesatan dunia hari ini telah mempengaruhi dan mengubah gaya hidup, pelbagai perkembangan teknologi yang lebih canggih dengan berbagai aneka bentuk, jenama dan ciri-ciri serta perisian yang menarik didalamnya seterusnya ini akan membuat sesiapa menjadi tertarik tanpa mengira golongan. Seterusnya, secara tak diduga alat ini telah menyerang akal kita, namun tersangat sayang kita telah tunduk padanya dan telah jauh dari agama Islam yang sebenar serta jauh dari berzikir atau berdo

Bulan Mulia

Image
Photo Credit:  Talk to Islam ) Puasa di bulan Ramadan merupakan Rukun Islam yang ke 3. Ia merupakan antara kewajiban yang Allah Subhanahu wa Ta'ala wajibkan bagi setiap yang bergelar Muslim  yang telah ‘aqil baligh dan berakal sihat. Maka sebaliknya, ia tidak wajib bagi orang kafir dan tidak akan diterima sebarang  ganjaran pahala jika ada yang mengerjakannya sampai mereka masuk Islam serta bagi anak kecil sampai dia ‘aqil baligh. ‘ Sepertimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah Al-Baqarah , 2:183 : Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa”. Seterusnya, kita beralih kepada pengertian puasa. Puasa dari segi bahasa bermaksud “ menahan diri “ manakala menurut istilah syara’ adalah menahan diri  dari segala sesuatu yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan disertai niat puasa dan syarat-sya